gadis ini yang ketika itu berusia beberapa tahun di peringkat sekolah rendah..
selalu bergaul dengan lelaki..
kawan-kawan kebanyakkan yang terdiri dari lelaki..
bergurau senda jua dengan lelaki, tahu bagaimana lelaki bergurau senda?
Tarik rambut, sepak kaki, tarik tudung, tumbuk bahu.. begitu lah pergaulan ku dengan kawan-kawan sekolah lelaki ku..
dirumah pun begitu..
main rounders, bola beracun, selipar getah, tin, tembak-tembak pakai straw guna buah (lupa sudah namanya)..
semuanya dengan lelaki..
begitu lah diriku semasa sekolah rendah, terlalu ganas dan kasar..
Selepas itu..
Meningkat usia belasan tahun di peringkat menengah..
diri ini berubah menjadi anti lelaki..
tidak tahu mengapa dan kenapa ku jadi sebegitu..
apa yang aku tahu waktu itu, Benci lelaki!
Nak bergaul dengan lelaki, nak pandang lelaki, nak bercakap melepak dengan lelaki amat lah payah..
sampai lah usia ku 16 tahun, perlukan perbincangan dengan group yang pelbagai jantina..
dari situ ku tahu erti pergaulan dengan lelaki semula, tetapi tetap dengan batasnya..
namun perasaan malu dan segan ku, dan kurang yakin dengan diri sendiri tetap menebal dalam diri..
Tamat Sekolah..
PLKN, yes ! yes ! aku dapat,utk siri yg 1 lagi..
kawan-kawan perempuan yang lain semua jealous..
yea lah,dorang tak dapat PLKN pun..
aku tak tahu kenapa ramai yang tidak mahu masuk dan pergi PLKN..
padahal, itu lah saat yang paling best sekali bagi diriku..
di PLKN lah aku belajar banyak perkara, yang paling utama ialah keyakinan diri..
ada kelas warganegara, aku lah yang sering bertanya, sampaikan semua guru akan bertanyakan kepada ku semula ada soalan or kemusykilan ke..
Berebut jua guru-guru PLKN nak masukkan aku dlm kelas kecil dorang nanti..
dari PLKN aku belajar erti pergaulan dengan batas batasnya dan jua keyakinan diri..
aku tidak lagi malu dengan keadaan diri aku..
malah aku bersyukur mempunyai keyakinan yang orang lain susah hendak dapati..
Kerja..
Alam pekerjaan yang agak terlalu biasa dengan keputusan SPM sahaja..
masa neh aku ingin sambung belajar, tetapi yang aku dapat semua jauh jauh belaka..
mama tidak bagi aku berjauhan darinya..
jadi aku kerja di gerai makan di Selera Semarak..
mula-mula agak segan, lama kelamaan biasa dengan semua gurau pelanggan dan teguran pelanggan yang kadang kadang agak terlalu melebihi hadnya..
apa yang mampu aku buat, hanya senyum !
sebab mereka pelanggan kan, lagi lagi lelaki, memang dah sebegitu perangai mereka..
jadi abaikan sahaja, itu lebih baik..
Kolej..
Dunia yang agak baru dan banyak cubaan dan dugaannya utk aku mencapai impian aku..
pelbagai kawan aku temui, namun yang hanya kekal, seorang teman yang benar benar dapat menjadi sahabat semati ku..
alhamdulillah aku temui teman itu di kolej ku..
segala rasa, segala masalah, segalanya kami tempuhi bersama..
dari sem 1 - sem 8, kami tetap bersama sama kemana jua..
kelas sama, kos sama, subject sama, keputusan pun lebih kurang sama..
kami sama sama berjuang untuk mendapatkan keputusan terbaik dan bersaing sesama sendiri..
kadang kadang dia tinggi, aku tercabar..
kadang kadang aku tinggi, dia tercabar..
begitulah tektik kami untuk sama sama berjaya..





No comments:
Post a Comment
Komen Sesedap Woi.. Merci =)