♥ KebaHaGiaaN iTu HadiR SeteLaH KesuSaHan.. KesuSahaN iTu HadiR SeSudaH KebaHaGiaan.. aGar kiTa LebiH MenGhaRGai SetiaP DetiK KehiDuPan.. SudaH nYa KemaRau, PasTi DihuJani.. SudaH nYa DibanJiri, PasTi MenTari SinaR KemBali berSama BunGaan daN PeLanGi.. ♥

Tuesday, January 15, 2013

Crazy House

Woi-Woi,
Meh usha rumah yang agak menggilakan otak dengan design dia..

Rumah ini di Vietnam secara rasmi dipanggil Hang Nga Guesthouse. Tapi penduduk tempatan yang melihat seni bina rumah ini telah 'memanggil' rumah ini sebagai Crazy House.

Kalau korang tengok, memang agak menggila jugak dia punya seni bina, macam istana kisah dongeng (ini apa yg info aku dapat). Tapi bagi aku lebih kepada rumah semut/anai-anai je aku tengok.. Korang tengok macam rumah apa pulak?



Friday, January 11, 2013

Makbulnya Doa Nafisah

Nafisah adalah puteri Ali Muhammad al-Hasan bin Zaid bin al-Hasan bin Ali bin Abi Thalib. Beliau dilahirkan di Mekah dan berpindah ke Mesir mengikut suaminya, Ishaq bin Ja'afar ash-Shadiq. Nafisah seorang wanita yang rajin beribadat dan terkenal kerana kezuhudannya. Penduduk Mesir amat mengaguminya.

Pegawai Zalim

Seorang Syeikh Sufi menceritakan pada masa hayat Nafisah, ada seorang pegawai yang ingin menyeksa seseorang. Orang tersebut meminta perlindungan daripada Nafisah lalu beliau berdoa untuk orang yang teraniaya tersebut. Selepas itu, Nafisah berkata kepada orang tersebut, "ALLAH Yang Maha Kuasa akan mengaburi mata pegawai yang zalim itu sehingga tidak dapat melihatmu."

Orang itu berlalu pergi dan masuk ke kumpulan pengawal tersebut, lalu dia berdiri betul-betul di hadapan pengawal zalim tersebut. "Di manakah dia?" tanya pengawal zalim itu kepada para pengawalnya.

Mereka menjawab, "Dia ada dihadapanmu."

Pengawal tersebut tidak berpuas hati lalu bertemu Nafisah dan meminta berdoa untuknya.

Setelah berdoa, Nafisah berkata, "ALLAH akan mengaburi mata orang yang zalim."

Wednesday, January 9, 2013

Wrong Number

Woi-Woi,
Sila angkat tangan bagi yang pernah silap hantar msg? HAHA!
Semua pernah punya, aku pun pernah..kan best kalu kita dapat snapscreen hp kita..
Leh jd bahan lawak dan peringatan untuk masa hadapan..

Lucky, my dad and mom didn't know how to use sms.. 

Tuesday, January 8, 2013

Siti Muthi'ah Dipuji Nabi dan Dikagumi Fatimah

"Fatimah anakku, mahukah engkau menjadi seorang perempuan yang baik budi dan isteri yang dicintai suami?" tanya si ayah, Rasul junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w.

"Tentu saja, wahai ayahku," jawab Fatimah lembut.

"Tidak jauh dari rumah ini terdapat seorang wanita yang sangat baik budi pekertinya bernama Siti Muthi'ah. Temuilah dia, teladani budi pekertinya yang baik itu."

Gerangan amal apakah yang dilakukan Siti Muthi'ah sehingga Rasulullah s.a.w sendiri pun memujinya sebagai perempuan teladan? Maka bergegaslah Fatimah menuju ke rumah Muthi'ah dengan mengajak serta Hasan, puteranya yang masih kecil itu.

Begitu gembira sekali Muthi'ah apabila mengetahui tetamunya adalah puteri Nabi yang disanjunginya itu. 
"Sungguh bahagia sekali aku menyambut kedatanganmu ini, Fatimah. Namun, maafkanlah aku sahabatku. Suamiku telah beramanat, aku tidak boleh menerima tamu lelaki di rumah ini."

"Ini Hasan puteraku sendiri. Dia kan masih anak-anak."

"Namun, sekali lagi maafkanlah aku, aku tak ingin mengecewakan suamiku, Fatimah."

Fatimah mulai merasakan keutamaan Siti Muthi'ah dan menjadi semakin kagum serta berhasrat menyelami lebih dalam lagi akhlak wanita ini. Lalu dihantarlah Hasan pulang dan bergegaslah Fatimah kembali ke rumah Siti Muthi'ah.

Monday, January 7, 2013

Kediaman Mewah Castello

Woi-Woi,
jum cekidout sikit gambar atas istana atas bangunan atas 'kediaman' yang memang mewah dekat Italy neh..


Kediaman mewah Castello di Sammezzano terletak di atas bukit di Tuscany, Utara Itali.
Asalnya ia dibina dalam gaya Moor pada 1605 untuk Ximenes d'Aragona dan kemudian direka semula di antara tahun 1853 dan 1889.