♥ KebaHaGiaaN iTu HadiR SeteLaH KesuSaHan.. KesuSahaN iTu HadiR SeSudaH KebaHaGiaan.. aGar kiTa LebiH MenGhaRGai SetiaP DetiK KehiDuPan.. SudaH nYa KemaRau, PasTi DihuJani.. SudaH nYa DibanJiri, PasTi MenTari SinaR KemBali berSama BunGaan daN PeLanGi.. ♥

Tuesday, January 8, 2013

Siti Muthi'ah Dipuji Nabi dan Dikagumi Fatimah

"Fatimah anakku, mahukah engkau menjadi seorang perempuan yang baik budi dan isteri yang dicintai suami?" tanya si ayah, Rasul junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w.

"Tentu saja, wahai ayahku," jawab Fatimah lembut.

"Tidak jauh dari rumah ini terdapat seorang wanita yang sangat baik budi pekertinya bernama Siti Muthi'ah. Temuilah dia, teladani budi pekertinya yang baik itu."

Gerangan amal apakah yang dilakukan Siti Muthi'ah sehingga Rasulullah s.a.w sendiri pun memujinya sebagai perempuan teladan? Maka bergegaslah Fatimah menuju ke rumah Muthi'ah dengan mengajak serta Hasan, puteranya yang masih kecil itu.

Begitu gembira sekali Muthi'ah apabila mengetahui tetamunya adalah puteri Nabi yang disanjunginya itu. 
"Sungguh bahagia sekali aku menyambut kedatanganmu ini, Fatimah. Namun, maafkanlah aku sahabatku. Suamiku telah beramanat, aku tidak boleh menerima tamu lelaki di rumah ini."

"Ini Hasan puteraku sendiri. Dia kan masih anak-anak."

"Namun, sekali lagi maafkanlah aku, aku tak ingin mengecewakan suamiku, Fatimah."

Fatimah mulai merasakan keutamaan Siti Muthi'ah dan menjadi semakin kagum serta berhasrat menyelami lebih dalam lagi akhlak wanita ini. Lalu dihantarlah Hasan pulang dan bergegaslah Fatimah kembali ke rumah Siti Muthi'ah.

Khasiat Tiga Perkara 'Keramat'

"Aku jadi berdebar-debar," sambut Siti Muthi'ah. "Gerangan apakah yang membuatmu begitu ingin ke rumahku, wahai puteri Nabi?"

"Memang benarlah, Muthi'ah. Ada berita gembira buatmu dan ayahku sendirilah yang menyuruhku ke sini. Ayahku mengatakan bahawa engkau adalah wanita berbudi pekerti yang sangat baik. Kerana itulah aku ke sini untuk meneladanimu, wahai Muthi'ah."

Siti Muthi'ah gembira mendengar kata-kata Fatimah. Namun, Siti Muthi'ah masih ragu. "Engkau bergurau sahabatku? Aku ini hanya wanita biasa yang tidak punya keistimewaan apa pun seperti yang engkau lihat sendiri."

"Aku tidak berbohong wahai Muthi'ah, ceritakan kepadaku agar aku bisa meneladaninya."

Siti Muthi'ah terdiam, hening seketika.

Lalu tanpa sengaja Fatimah melihat sehelai kain kecil, kipas dan sebilah rotan di ruangan kecil itu. "Buat apa ketiga benda ini Muthi'ah?" tanya Fatimah.

Siti Muthi'ah tersenyum malu. Namun, setelah didesak, beliau pun bercerita. "Engkau tahu Fatimah, suamiku seorang pekerja yang memeras keringat dari hari ke hari. Aku sangat sayang dan hormat kepadanya. Ketika dia pulang, cepat-cepat kusambut kepulangannya. Kubuka bajunya, ku lap tubuhnya dengan kain kecil ini sehingga kering keringatnya. Lalu aku kipasi beliau sehingga lelahnya itu hilang dan tertidur lena."

"Sungguh luar biasa pekertimu, Muthi'ah. Lalu untuk apa pula rotan ini?" soal Fatimah lagi.

Jawab Siti Muthi'ah, "Kemudian, aku berpakaian semenarik mungkin untuknya. Setelah dia bangun dan mandi, kusiapkan pula makan dan minum untuknya. Setelah semua selesai, aku berkata kepadanya, "Oh kekanda, jika layananku sebagai isteri dan masakanku tidak berkenan di hatimu, aku ikhlas menerima hukuman. Pukullah badanku dengan rotan ini dan sebutlah kesalahanku agar tidak kuulangi."

"Seringkah engkau dipukul olehnya, wahai Muthi'ah?" tanya Fatimah berdebar-debar.

"Tidak pernah, Fatimah. Bukan rotan yang diambilnya tetapi akulah yang ditarik dan dipeluknya dengan penuh kemesraan. Itulah kebahagiaan kami sehari-hari," jawabnya lembut.





No comments:

Post a Comment

Komen Sesedap Woi.. Merci =)