♥ KebaHaGiaaN iTu HadiR SeteLaH KesuSaHan.. KesuSahaN iTu HadiR SeSudaH KebaHaGiaan.. aGar kiTa LebiH MenGhaRGai SetiaP DetiK KehiDuPan.. SudaH nYa KemaRau, PasTi DihuJani.. SudaH nYa DibanJiri, PasTi MenTari SinaR KemBali berSama BunGaan daN PeLanGi.. ♥

Friday, January 11, 2013

Makbulnya Doa Nafisah

Nafisah adalah puteri Ali Muhammad al-Hasan bin Zaid bin al-Hasan bin Ali bin Abi Thalib. Beliau dilahirkan di Mekah dan berpindah ke Mesir mengikut suaminya, Ishaq bin Ja'afar ash-Shadiq. Nafisah seorang wanita yang rajin beribadat dan terkenal kerana kezuhudannya. Penduduk Mesir amat mengaguminya.

Pegawai Zalim

Seorang Syeikh Sufi menceritakan pada masa hayat Nafisah, ada seorang pegawai yang ingin menyeksa seseorang. Orang tersebut meminta perlindungan daripada Nafisah lalu beliau berdoa untuk orang yang teraniaya tersebut. Selepas itu, Nafisah berkata kepada orang tersebut, "ALLAH Yang Maha Kuasa akan mengaburi mata pegawai yang zalim itu sehingga tidak dapat melihatmu."

Orang itu berlalu pergi dan masuk ke kumpulan pengawal tersebut, lalu dia berdiri betul-betul di hadapan pengawal zalim tersebut. "Di manakah dia?" tanya pengawal zalim itu kepada para pengawalnya.

Mereka menjawab, "Dia ada dihadapanmu."

Pengawal tersebut tidak berpuas hati lalu bertemu Nafisah dan meminta berdoa untuknya.

Setelah berdoa, Nafisah berkata, "ALLAH akan mengaburi mata orang yang zalim."

Akibat berasa malu dengan kenyataan tersebut, pegawai itu berkata, "Kalau begitu kezalimanku telah mencapai ke tahap ini sehingga dengan hanya doa seorang manusia sahaja ALLAH telah menutupi mataku daripada melihat orang yang aku zalimi. Ya ALLAH, aku bertaubat kepada-MU."

Kerana Sebuah Bungkusan Merah

Kisah seorang wanita tua yang sangat miskin dan mempunyai empat orang anak perempuan. Dek terlalu miskin, dia tidak mampu untuk menanggung anak-anaknnya dan mencari pendapatan dengan menjual jualan di pasar, benang yang ditenunnya selama seminggu.

Pada suatu Jumaat, wanita itu membungkus benangnya dengan kain merah seperti biasa dan berangkat ke pasar. Di pertengahan jalan, seekor burung menyambar bungkusan itu dan menyebabkan wanita itu jatuh pengsan. Setelah sedar, dia berasa cemas kerana tidak mempunyai wang untuk membelikan makanan buat anak-anaknya, lalu dia menangis. Sekumpulan orang yang prihatin bertanya mengapa dia menangis dan setelah mendengar cerita wanita itu, kumpulan tersebut mencadangkan agar wanita itu pergi bertemu Nafisah.

Wanita itu pun pergi ke rumah Nafisah dan menceritakan tentang benangnya yang disambar burung, lalu meminta bantuan Nafisah untuk berdoa bagi pihaknya. Oleh kerana kasihan kepada wanita tersebut, Nafisah lalu berdoa, "Ya ALLAH, kekuasaan-MU ke atas semua perkara adalah nyata. ENGKAU berkuasa untuk segala-galanya. Kembalikanlah kepada wanita ini dan anak-anaknya apa yang telah ENGKAU ambil kerana mereka adalah makhluk-MU, keluarga-MU dan ENGKAU Maha Berkuasa atas makhluk-makhluk-MU."

Kemudian Nafisah berkata kepada wanita tersebut, "Duduklah. ALLAH Maha Kuasa atas segala sesuatu." Walaupun wanita itu berasa cemas akan anak-anaknya yang lapar, wanita itu duduk juga dan menunggu datangnya pertolongan untuk dirinya. Setelah sekian lama, datang sekumpulan musafir ke ruamh Nafisah.

"Sesuatu yang ajaib telah terjadi kepada kami. Kami belayar dengan aman di laut tetapi apabila kapal kami tiba dia perlabuhanmu, tiba-tiba sahaja kapal kami bocor. Kami cuba untuk menghentikan kebocoran itu namun tidak berjaya. Tiba-tiba datang seekor burung yang membawa sebuah bungkusan merah dan menjatuhkan bungkusan tersebut di atas kapal kami. Dengan izin ALLAH, kami gunakan bungkusan tersebut untu menyumbat bahagian yang bocor tersebut. Kami membawa 500 dinar untuk menyatakan terima kasih kami kerana telah diselamatkan."

Mendengar cerita tersebut Nafisah berkata, "Ya ALLAH, alangkah baik dan pemurahnya ENGKAU kepada hamba-hamba-MU." Lalu beliau memanggil wanita tersebut dan bertanya, "Berapakah harga benangmu itu?"

"20 dirham," jawab wanita itu.

Lalu Nafisah memberikan wang 500 dinar dan wanita itu kemudiannya membahagiakn wang diperolehi itu kepada anak-anaknya. Berkat wang tersebut, mereka tidak lagi menjual benang tenun di pasar.





No comments:

Post a Comment

Komen Sesedap Woi.. Merci =)