Aku..,
Semua org nak bercinta,
Ingin disayangi dan dicintai,
Tapi aku, puas dgn kecewa,
Disayangi, dicintai, dikecewai dan diubati.
Aku..,
Dah muak dgn lelaki,
Katanya indah-indah sekali,
Tetapi tidak bercinta sejati,
Apatah lagi yg hakiki abadi.
Aku..,
Puas dgn cinta lelaki,
Dimulai dgn bahagia sekali,
Diakhiri dgn sakit hati,
Lelaki tidak boleh dipercayai.
Tidak mengharap kepada cinta,
Cinta tidak memberi bahagia,
Bahagia yg hanya sementara,
Sementara yg akhirnya kecewa.
Aku..,
Mengharap pada ikatan sahaja,
Ikatan yg direstui keluarga,
Keluarga yg memilih si dia,
Berkahwin kemudian bercinta dan bahagia.
Aku..,
Ego yg terlalu tinggi,
Sebabnya hanya kerna lelaki,
Mencintai separuh jiwa dan hati,
Namun tidak dihargai.
Aku..,
Insan yg serba sederhana,
Namun memiliki cita rasa,
Tidak cerewet sedang-sedang sahaja,
Asal dia menerima aku seadanya.
Aku..,
Gadis yg ingin dicintai,
Oleh lelaki yg tahu menghargai,
Akan aku setia sampai mati,
Cinta sejati akan ku beri.

No comments:
Post a Comment
Komen Sesedap Woi.. Merci =)