Pelbagai perasaan ada dalam hati,
Hati tidak dapat mengawal perasaan ini,
Tempiasnya sampai ke lain hati,
Ikut kan marah lain hati dilukai.
Perasaan,
Hati-hati dengan permulaan,
Mulanya tidak tonjol kebenaran,
Tiba ada iri hati dipertengahan,
Itu lah kawan percubaan.
Perasaan,
Jangan mendalami diri seseorang,
Cukuplah dengan perasaan percaya,
Nescaya akan selalu sayang,
Inilah yang akan kekal bahagia.
Perasaan,
Jangan terlalu ikutkan perasaan,
Kelak mengawal tingkah laku keadaan,
Tidak sedari apa yang dilakukan,
Tiada guna menyesal kemudian.
Perasaan,
Terlalu kawal pergerakkan,
Keadaan yang agak merimaskan,
Kadang geram kadang busan,
Sabar selagi boleh tahan.
Perasaan,
Kisah lama tidak bercerita,
Pelik dan hairan dipikirkan,
Adakah benar sudah lupa?
Cemburu mula merasuk perasaan.
Perasaan,
Jangan ikutkan perasaan,
Tanpa berpikirkan kesan,
Kelak ada penyesalan,
Masa tidak boleh diundurkan.
Perasaan,
Sakit hati memakan diri,
Ubatnya hanya mendiamkan diri,
Dari bercakap sesuka hati,
Tak ke menyakiti lain hati.
Perasaan,
Pelik dengan kata-kata,
Tadi blur kini lincah sahaja,
Elok jua ada bicara,
Harap tidak menyakiti pembaca.
Perasaan,
Takut dengan kata-kata,
Makin banyak makin berdosa,
Elok berhenti disini sahaja,
Maaf dipinta pada yg terasa.
No comments:
Post a Comment
Komen Sesedap Woi.. Merci =)